dalam meniti jambatan kasih sayangmeng harungi lautan cinta
menyelami makna kehidupan
telah kutemui sekuntum kasih yang agung
segugus cinta yang luhur
setangkai kehidupan yang mewangi.
Bersamamu kekasih. Maya ini terasa damai
ombak yang setia menghempas pantai
adalah setiaku padamu
tenang air di tasik
adalah lambang keluhuran cintaku.
Bersamamu kekasih.
menjadikanku seorang lelaki yang tabah
dalam mencari jaluran cahaya menerangi kehidupanku nanti.
dan telah ku benam hangat nadi untuk memilikimu
dan aku akan tetap setia
kerana kaulah yang pertama dan terakhir dalam hidupku.